Posts

Tempat Makan di Perlis

Image
Di Perlis, jika anda mahu makan malam terutama di kawasan jauh dari bandar Kangar, sebaiknya keluar lebih awal. Kebanyakan kedai tutup lebih awal sekitar jam 9-10 malam. Ada kedai-kedai yang buka sehingga lewat malam terutama di sekitar bandar Kangar, atau biasanya kedai-kedai tomyam di kebanyakan tempat. Anda juga boleh menjamu selera seafood di Kuala Perlis. Kebanyakan kedai buka lebih lama berbanding kedai lain. Ada juga kedai-kedai makan terutama sarapan pagi dibuka dalam waktu tertentu sahaja contohnya 7 pagi hingga 12 tengahari sahaja. Jika anda ingin makan nasi campur, pastikan anda pergi lebih awal. Kebanyakan kedai sudah dibuka dari pagi. Biasanya lauk-pauk akan habis sekitar jam 2 petang. Pastikan kedai yang anda ingin tuju itu dibuka. Boleh hubungi pemilik kedai terlebih dahulu. Kebiasaannya banyak kedai ditutup pada hari Isnin. Ada juga kedai terutama jauh dari bandar ditutup pada hari Ahad dan Jumaat. Apapun, banyak pilihan makanan di negeri ini. Anda perlu mencari m...

Kedai Jenama Besar di Perlis?

Di negeri Perlis ini boleh dikatakan kebanyakan jenama besar yang ada di negeri lain juga ada di sini. Antaranya: 1. KFC 2. McD 3. Starbucks 4. Dominos Pizza 5. Secret Recipe 6. Pizza Hut 7. TeaLive 8. MarryBrown 9. Eco 10. MrDiy 11. Giant 12. Watson 13. Guardian Jadi jangan pandang rendah pada negeri kecil ini. 😀

Dataran IMAB Kuala Perlis

Image
  Dataran ini antara tempat tumpuan ramai terutama pada waktu petang. Dari sini boleh ambil angin petang sambil melihat Pulau Langkawi nun jauh di sana. Di dataran ini ads food truck dan di seberang jalan ada sejumlah kedai pelbagai aneka hidangan ringan dan berat.

Selamat datang ke Perlis!

 Assalamualaikum. Di blog ini saya akan berkongsi mengenai negeri Perlis terutama tempat-tempat menarik di negeri ini. Saya akan kongsikan info-info berkaitan seperti: Tempat menarik untuk dilawati Tempat makan yang sedap Homestay Hotel Tempat membeli belah dan lain-lain... Apa pun, selamat datang ke Perlis! 😀 Disclaimer: Blog ini bukan blog rasmi pihak negeri Perlis ataupun mana-mana organisasi. Blog ini kelolaan oleh individu-individu yang ingin berkongsi maklumat sahaja.