Tempat Makan di Perlis
Di Perlis, jika anda mahu makan malam terutama di kawasan jauh dari bandar Kangar, sebaiknya keluar lebih awal. Kebanyakan kedai tutup lebih awal sekitar jam 9-10 malam.
Ada kedai-kedai yang buka sehingga lewat malam terutama di sekitar bandar Kangar, atau biasanya kedai-kedai tomyam di kebanyakan tempat.
Anda juga boleh menjamu selera seafood di Kuala Perlis. Kebanyakan kedai buka lebih lama berbanding kedai lain.
Ada juga kedai-kedai makan terutama sarapan pagi dibuka dalam waktu tertentu sahaja contohnya 7 pagi hingga 12 tengahari sahaja.
Jika anda ingin makan nasi campur, pastikan anda pergi lebih awal. Kebanyakan kedai sudah dibuka dari pagi. Biasanya lauk-pauk akan habis sekitar jam 2 petang.
Pastikan kedai yang anda ingin tuju itu dibuka. Boleh hubungi pemilik kedai terlebih dahulu. Kebiasaannya banyak kedai ditutup pada hari Isnin. Ada juga kedai terutama jauh dari bandar ditutup pada hari Ahad dan Jumaat.
Apapun, banyak pilihan makanan di negeri ini. Anda perlu mencari maklumatnya yang banyak dikongsi di media sosial.
Gambar: Deretan kedai di Kuala Perlis. Berhampiran Dataran IMAB Kuala Perlis. Ada pelbagai pilihan makanan ringan dan berat.
Comments
Post a Comment